Susulan peningkatan semasa kes Covid 19, kerajaan telah melaksanakan pemerkasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat telah disarankan untuk duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu bagi membeli barang-barang keperluan. Berikutan perlaksanaan PKP 3.0 ini, kerajaan Malaysia telah menyediakan dana bantuan kepada hampir seluruh rakyat Malaysia terutama bagi golongan B40 & M40.. Apakah maksud B40, M40, dan T20 ini..? Jom kita semak..
Apa itu B40..?
B40 atau istilahnya Bottom40 merangkumi 40% rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah sekitar RM 4390 dan ke bawah. Ini adalah kumpulan pendapatan isi rumah terendah di Malaysia.
Apa itu M40..?
Dikenali sebagai Middle40 yang merangkumi 40% rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah sekitar RM 4390 hingga RM 9600. Golongan ini adalah yang berpendapatan isi rumah kelompok pertengahan.
Apa itu T20…?
T20 atau istilahnya Top20 merangkumi 20% dari rakyat Malaysia yang berpendapatan RM 9600 dan ke atas. Mungkin ada antara mereka di golongan ini boleh juga dikategorikan sebagai golongan kayangan.
Sebenarnya, kaedah menentukan golongan B40, M40 dan T20 ini berbeza mengikut bandar dan luar bandar. Kos sara hidup dan lokasi tempat tinggal ialah antara elemen yang diambil kira dalam menentukan kaedah mengenalpasti di golongan manakah seseorang itu berada.
– Seseorang individu yang hidup di BANDAR dengan pendapatan sekitar RM 3600, dia adalah dalam kumpulan pertengahan B40.
– Seseorang individu yang hidup di LUAR BANDAR dengan pendapatan sekitar RM 4000, dia adalah dalam kumpulan pertengahan M40.
– Seseorang individu yang hidup di LUAR BANDAR dengan pendapatan sekitar RM 8000 dan lebih, dia adalah dalam kumpulan T20.
– Seseorang individu yang hidup di BANDAR dengan pendapatan sekitar RM 8000 dia adalah dalam kumpulan M40.
So, di manakah kategori anda..? Berapa pun pendapatan yang anda terima, haruslah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepada kita. Mudah-mudahan dengan bersyukur, akan menambahkan lagi rezeki kita nanti.
Copyright © 2023. Created by Infokaki