Pada suatu ketika dahulu, di sekitar Tanah Melayu dan Tanah Jawa, terdapat golongan yang mengamalkan sejenis ilmu batin yang dipanggil RAWA RONTEK.
Rawa Rontek berasal dari Jawa dan dipercayai bahawa pengamal ilmu ini akan dapat hidup kekal dan abadi. Rawa Rontek juga merupakan ilmu seni persilatan hitam yang paling digeruni di Nusantara satu ketika dahulu kerana ia dikatakan mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib.
Ilmu Jawa kuno ini diamalkan untuk melindungi diri daripada musuh dengan cara mendapatkan pertahanan diri yang lebih mantap dan berkuasa melalui pengamalan ilmu ini.
Rawa Rontek juga dipercayai merupakan salah satu ilmu hitam atau ilmu sihir di mana untuk mengamalkan ya, ia memerlukan syarat-syarat yang ketat perlu dituruti.
Rawa Rontek mempunyai tiga peringkat ilmu. Difahamkan pada peringkat ketika, pengamal dipercayai dapat mencantumkan semula anggota tubuh badan yang terputus semasa pertempuran. Anggota badan yang terputus itu akan terapung di udara dan membunuh musuh di sekiranya sebelum ia bercantum kembali pada badan si pengamal.
Sebelum si pengamal menamatkan riwayatnya, ilmu hitam ini boleh diwariskan kepada sesiapa sahaja untuk diteruskan. Sebaik sahaja diwariskan, si pengamal akan menjadi lemah dan menjadi seperti manusia biasa dan tiada lagi kuasa supernatural pada tubuhnya.
Rawa Rontek dikatakan mempunyai kesaktian yang tinggi kerana terdapat campur tangan jin/syaitan. Sebagai balasan, pengamal perlulah memelihara jin berupa jenglot yang diberi makan untuk mengekalkan kuasa sakti. Namun, ilmu ini juga mempunyai kelemahan. Disebabkan ilmu ini berasal dari tanah, pengamal rawa rontek boleh ditundukkan dengan cara mengikat si pengamal pada pohon dalam keadaan tubuhnya tidak bersentuhan dengan tanah. Dipercayai apabila tidak menjejak tanah, kuasa sakti daripada ilmu ini tidak dapat digunakan dan akan hilang dengan sendirinya.
Kesimpulannya, korang janganlah cuba dekatkan diri dengan perkara-perkara syirik dan yang mengundang murka sang Pencipta.
Copyright © 2023. Created by Infokaki