Sejak akhir-akhir ini, kecoh tentang raja buah kita yang satu ini, tak lain tak bukan, Durian..!! Buah berduri ini sememangnya menjadi buruan dan kegilaan sejumlah besar rakyat Malaysia terutamanya..Walaupun harganya sering ditakrifkan sebagai memiliki sifat-sifat keyahudian, namun, ia tidak menghalang rakyat jelata termasuk ahli sukan, ahli politik, pendekar papan kunci dan ramai lagi untuk menikmati durian. Terdapat beberapa jenis durian yang biasa dijual..Antaranya ialah durian kampung, D24, Udang merah dan sebagainya..Namun, sejenis durian ini sering mendapat permintaan yang tinggi oleh penggemarnya iaitu MUSANG KING..
Pada dasarnya, durian bermacam jenis ini kelihatan sama sahaja namun, mari kita lihat bagaimana untuk mengenali durian jenis Musang King..Manalah tahu sekiranya ada scammer yang mahu menipu, bolehlah kita dengan manis muka membongkar penipuan mereka itu. Jom..!!
1. Bulatan di sekitar tangkai.
Tangkai musang king memiliki bulatan yang besar di sekitarnya. Kalau tak besar, bukan musang king yaa tuan-tuan..
2. Bentuk bawah durian.
Pada bahagian bawah, akan terdapat corak seperti Bintang bagi Musang King. Kalau bentuk lain, bukan musang king yaa adik-adik..
3. Duri
Musang king akan hadir dalam keadaan terdapat ruang yang besar antaranl duri-durinya..Sekiranya durinya rapat-rapat, bukan musang king. Mungkin musang berbulu ayam.
4. Warna Isi
Musang king memiliki warna isi yang kuning sehingga kita tidak ragu untuk mengatakan ianya kuning.
5. Bau Kuat
Bau musang king biasanya kuat dan menyengat. Sekiranya baunya sekadar di pinggiran, mungkin bukan musang king yang original..
6. Biji nipis.
Biji musang king agak nipis jika dibandingkan dengan durian jenis lain..Sekiranya berbiji tebal, mungkin ia adalah jenis yang lain.
Selamat menjamu selera. Pesanan kepada semua, berpada-pada jugalah menikmati durian anda kerana selain memiliki khasiat yang baik untuk tubuh, ia juga mampu menghadirkan kemudharatan kepada kita sekiranya pengambila nnya tidak dikawal dengan sebaiknya.
Copyright © 2023. Created by Infokaki