Beg tangan. Fungsinya sama sahaja, tempat menyimpan dan meletakkan kelengkapan seperti kunci kereta, rumah, dompet, beg mekap, dan bermacam lagi harta karun peribadi.
Ada orang sukakan beg tangan bersaiz kecil, ada gilakan jenis clutch supaya nampak sofistikated, ada juga gemar yang besar kerana boleh campak macam-macam barang. Tak kisahlah asalkan selesa sudah.
Jika si suami, kekasih atau tunang nak cari beg tangan untuk yang tercinta, berikut merupakan beg tangan paling popular sepanjang zaman dari jenama Louis Vuitton.
Kenapa Louis Vuitton? Sudah tentu, LV merupakan pilihan klasik paling mudah mesti ada dalam setiap wardrobe. Rumah fesyen Perancis yang ikonik telah mereka bentuk pelbagai item fesyen khususnya beg tangan sejak abad ke-19 lagi. Miliki beg klasik Louis Vuitton seperti memiliki sekeping sejarah fesyen.
Kalau ke butik LV, ‘godek’ beg tangan ini, confirm mereka tersenyum sampai ke telinga.