Industri hiburan tanah air merupakan suatu cabang kerjaya yang mempunyai keunikannya sendiri. Saban tahun kita dapat melihat kemunculan artis-artis baru baik dari bidang nyanyian mahupun lakonan. Kebanyakan anak-anak seni kita ini biasanya mempunyai pengaruh yang kuat di dalam negara dan negara-negara di sekitar kita seperti Indonesia, Singapura, dan Brunei. Namun, tahukah anda Malaysia mempunyai anak seni yang telah dan pernah mencipta nama di persada antarabangsa..? Iyaa.. Sememangnya bakat anak Malaysia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng kerana sejak dari zaman perfileman pasca P Ramlee lagi, kita telah mememiliki pelakon & penyanyi bertaraf antarabangsa. Berikut merupakan anak seni kelahiran Malaysia yang telah berjaya menembusi pasaran industri hiburan Hollywood.
1. Tan Sri Michelle Yeoh
Michelle Yeoh merupaka seorang penyanyi dan pelakon Malaysia yang popular di Hong Kong. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini pernah dipilih oleh Majalah People sebagai antara 50 wanita paling cantik di dunia pada 1997. Beliau membintangi filem antarabangsa ‘Crouching Tiger, Hidden Dragon’ dan James Bond, Tomorrow Never Dies (1997). Sejak itu namanya tercatat sebagai antara pelakon wanita yang berjaya di Hollywood. Pada 2017, beliau muncul di dalam filem Guardian Of The Galaxy Vol.2. Beliau juga pernah dicalonkan dalam kategori pelakon Hollywood tercantik dalam Oscar. Ini tidak terlalu mengejutkan kerana di Malaysia Michelle Yeoh pernah memenangi gelaran Miss Malaysia World 1983.
2. Yuna
Yuna merupakan penyanyi dan pencipta lagu. Pemilik nama sebenar Yunalis binti Mat Zara’ai ini berasal dari Alor Star, Kedah dan dilahirkan pada 14 November 1986. Yuna mula dikenali apabila lagunya, Dan SEBENARNYA tular di media sosial sekitar tahun 2007. Sejak dari itu, semakin banyak lagu ciptaan dan nyanyian Yuna dapat didengari di radio, televisyen dan media sosial. Yuna juga dikenali sebagai penyanyi dan pencipta lagu wanita bertudung pertama di Malaysia yang telah memperkenalkan muzik-muzik indie di Malaysia sampai ke suatu tahap, beberapa lagu-lagu indie telah berjaya lolos dan beraksi di final Anugerah Juara Lagu.
Yuna yang merupakan seorang lulusan undang-undang pernah mendapat lima pencalonan Anugerah Industri Muzik (bersamaan dengan Anugerah Grammy). Yuna membawa pulang empat trofi termasuk Artis Baru Terbaik dan Lagu Terbaik (“Dan Sebenarnya”).
Antara lagu hits beliau yang berjaya mencuri hati penggemar muzik di Hollywood adalah ‘Rocket’ dan ‘Live Your Life’ ciptaan penyanyi terkenal Pharrell Williams. Paling mengejutkan apabila Yuna telah berkolaborasi bersama Usher di dalam lagu ‘Crush’. Semasa musim panas 2012 Yuna telah berkongsi pentas Lollapalooza dengan artis seperti Florence+the Machine, Jack White, dan Childish Gambino. Pada Oktober 2013, Yuna kembali dengan album Nocturnal serta menampilkan single “Falling”. Februari 2016, Yuna melancarkan album ketiganya, Chapters dengan pelancaran single ‘Places to Go’.
Pada Disember 2016, album Chapters berjaya membolosi carta Billboard. Album itu dipilih sebagai 10 album R&B terbaik sepanjang tahun 2016 di dalam artikel yang dimuat naik di laman web rasmi Billboard, manakala penyanyi berprofil tinggi yang lain seperti Beyoncé Knowles, Rihanna dan John Legend turut tersenarai di dalam pilihan tersebut.
3. Henry Golding
Henry Golding merupakan seorang pelakon, model kelahiran Malaysia-Inggeris. Beliau berketurunan Iban dan Inggeris dan menetap di Terengganu sehingga berusia 7 tahun sebelum berpindah ke England. Lahir pada tanggal 5 Februari 1987, Henry memulakan kerjaya sebagai penyampai di The Travel Show dari BBC sejak tahun 2014. Pemilik nama sebenar Henry Ewan Golding ini terkenal dengan melakonkan watak Nick Young dalam filem Crazy Rich Asians, serta Sean Townsend dalam thriller A Simple Favor dan Tom dalam komedi Last Christmas, The Latter Two diarahkan oleh Paul Feig.
4. Ibrahim Pendek
Ibrahim Pendek atau nama sebenar Ibrahim bin Hassan ialah seniman filem Melayu terkenal di zaman filem hitam putih. Antara filem-filem terkenal lakonan beliau ialah Ali Baba Bujang Lapok, Nasib Si Labu Labi dan Keluarga Si Comat.
Sewaktu berlakon dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, pihak Universal International, Hollywood yang mengadakan lawatan ke Studio Jalan Ampas telah terpegun dengan lakonan beliau dalam filem tersebut. Bertitik tolakkan petistiwa itu, Universal Studio telah menawarkan beliau berlakon di Hollywood sebagai pelakon pembantu disamping bintang filem terkenal Rock Hudson dan Gena Rowlands.
Bermula saat itu, pelakon yang berketinggian 130cm itu telah mencatat sejarah agung perfileman Melayu kerana beliau ialah pelakon Melayu pertama beraksi di Hollywood. Beliau telah ditawarkan sekali lagi oleh pihak Hollywood untuk terus berlakon dalam filem keluarannya tetapi hajat beliau tidak kesampaian untuk meneruskan kerjaya beliau di sana kerana pihak pemerintah pada ketika itu tidak meluluskan Visa beliau.
5. James Wan
James Wan dilahirkan pada 26 Februari 1977 adalah perbit, penulis skrip, dan pengarah filem berbangsa cina Malaysia yang dilahirkan di Kuching, Sarawak, Malaysia. Dia telah dibesarkan di Australia dan dikenali kerana telah mengarah filem seram seperti Saw dan mencipta patung boneka Billy. James juga merupakan pengarah filem Dead Silence, Death Sentence dan Insidious dan paling popular The Conjuring.
Kita seharusnya berbangga kerana Malaysia mempunyai anak-anak seni yang hebat dan kita percaya di masa akan datang, lebih ramai lagi bakat kelahiran Malaysia yang mampu beraksi di peringkat antarabangsa.
Copyright © 2023. Created by Infokaki