infokaki

Penduduk asal kampong tersebut adalah orang asli daripada Suku Temuan. Mereka di ketuai oleh Tok Batin yang bernama Emok. Dan Emok telah mempunyai seorang Isteri yang bernama Endu.

Kisahnya, pada satu hari Emok telah terpikat dengan anak dara orang asli daripada Hulu Kenaboi di Negeri Sembilan. Di sebabkan Emok terlampau mencintai anak dara tersebut, Emok telah menceraikan isterinya Endu dan Emok telah berpindah ke Negeri Sembilan. Dan tinggal lah Endu sendirian di kampong.

 

Tok Batin Emok sebenarnya adalah seorang yang berduit dan kaya. Tetapi disebabkan terlampau mengikut kehendak isteri barunya, Emok terus jatuh miskin. Bila Emok telah jatuh miskin, isterinya yang baru telah meninggal kan Emok dan berpindah ke Jelebu, Negeri Sembilan.

Tok Batin Emok yang ditinggalkan isteri barunya, telah kembali ke kampong halamannya. Tok Batin Emok terkejut apabila beliau mendapati jandanya masih menunggu beliau. Disebabkan itu, Tok Batin Emok berkahwin semula dengan jandanya Endu.

Sejak daripada peristiwa itu lah nama kampong tersebut dikenali sebagai Janda Balik. Di ambil sempena peristiwa seorang Janda berbalik semula kepada bekas suaminya, dan disebabkan orang selalu sebut Janda Baik, maka kekal lah nama itu kepada Janda Baik. Begitu lah kisah nya nama Janda Baik diperolehi.