Sebut saja Shopee mesti korang dah boleh kenal, laman web yang terkenal untuk korang beli belah secara dalam talian, tapi tahukan anda tentang asal usul dan kewujudan laman web ni? Jom kita ikuti fakta menarik tentang laman web Shopee ni.
Bukan berasal dari Malaysia
Ya! Walaupun laman web ini adalah laman web utama membeli belah rakyat Malaysia, ianya berasal dari Singapura, ianya diasaskan oleh 2 rakyat Singapura pada tahun 2015
Pengasas Shopee juga adalah billionaire
Kalau korang nak tahu founder kepada Apps Shopee bernama Forest Xiaodong Li, dan CEO Shopee pula bernama Chris Feng. Kedua-duanya berasal dari Singapura.
Untuk pengetahuan anda Shopee dimiliki oleh syarikat SEA (dimiliki Forest Xiaodong Li), sebelum ini dikenali sebagai Garena, juga salah satu gergasi internet asia, sebelum ini Garena adalah platform permainan maya terbesar asia tenggara. Kini mereka melebarkan sayap mereka dalam perniagaan dalam talian melalui Shopee dia asia tenggara.
Malaysia antara penyumbang utama
Selain Malaysia, Shopee juga dilancarkan di negara asia tenggara lain, berdasarkan trafik, China, Amerika Syarikat, Indonesia adalah penyumbang utama trafik ke laman web tersebut dan Malaysia menduduki tangga ke-4 setelah Indonesia.
Berdasarkan data yang dikongsi secara online rakyat Malaysia mengetip link ke laman Shopee sebanyak 47.3juta kali.
Banyak bukan? Sebab jumlah penduduk Malaysia berdasarkan banci yang lepas hanyalah 32.7juta orang,
Berapa ramai pengguna dari Malaysia?
Di Malaysia sahaja ada 5 juta pengguna yang aktif menggunakan aplikasi Shopee. Menjadikan rakyat Malaysia sebagai 1/10 penyumbang kepada pengguna kepada platform ini dengan jumlah pengguna sebanyak 50Juta
Strategi yang berubah dan menarik
Pada awal pengenalan laman web Shopee ini, ia mensasarkan pengguna Customer-to-Customer untuk menjalankan urusniaga di platform ini, kemudian mereka telah berubah dengan membenarkan perniagaan berniaga diplatform ini juga. Tak heranlah kalau musim COVID-19 ada rakan-rakan atau teman anda yang menjalankan perniagaan mereka dengan Shopee
Selain dari menukar strategi perniagaan mereka juga menggunakan Ikon dan Idola yang terkenal, muka seperti Ronaldo, Phua Chu Kang pernah digunakan oleh Shopee untuk membantu mereka menjalankan kempen pemasaran mereka, dan tak lupa kepada kumpulan wanita dari Korea seperti BlackPink juga pernah dijadikan sebagai muka utama dalam kempen pemasaran mereka.
Copyright © 2023. Created by Infokaki