infokaki

Hari ini banyak kes kes penipuan sex online, anda paham mengenai sex scammer?

Jadi sex scammer adalah sejenis penipuan melibatkan perempuan cantik dan video call.

Pernah kah anda mendapat ‘friend request’ dari seseorang perempuan yang cantik melalui akaun facebook anda, dan boleh dikategorikan ‘out of your league’. Kalau pernah itu adalah salah satu scammer.

Kebanyakan yang menjadi mangsa adalah kaum lelaki, tidak kira yang muda, tua semuanya tersungkur. Modus Operadi #SexScam ini sangatlah mudah. Tapi bila mana nafsu menguasai diri, yang ada PHD pun kecundang.

Kebanyakannya #SexScam ini dilakukan di platform Facebook dan Instagram. Si Scammer akan menggunakan profile jantina perempuan dan kemudian akan “add Friend” mangsa secara rambang. Pada awalnya Scammer sembang biasa2 hinggalah si mangsa berasa senang, hubungan menjadi rapat dan untuk bercerita hal hal lucah. Dalam masa yang sama, si Scammer akan mengumpul data-data seperti FB senarai Ahli keluarga dan rakan-rakan si mangsa.

Apabila tiba masa yang sesuai, Si Scammer akan mengajak mangsa untuk Sex Video Call (VC). Secara realitinya Scammer ini mungkin seorang perempuan dan mungkin seorang lelaki. Ada yang real video call, ada yang menggunakan video yang diambil dari laman web lucah. Tapi kebanyakan video call tersebut diambil dari laman web lucah dan di Mirror kan sebagai webcam.

Dalam keseronokan Si mangsa melayan VC tersebut, si Scammer record segala apa yang berlaku. Selepas itu si Scammer akan ugut mangsa demi wang ringgit. Kika tidak di bayar, maka video tersebut akan disebarkan kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan akan di upload di web lucah.

Ada mangsa yang mengadu, katanya setelah dibayar pun si Scammer masih meminta lagi duit dan total kerugian hampir RM5000 yang dibayar secara berperingkat. Kebanyakan mangsa malu untuk buat laporan Polis, kerana takut diketahui oleh ahli keluarga.

sex-scam

Bank account yang diterima kebiasaanya menggunakan bank account seller-seller barangan dan bank account tokey judi online. Ada juga yang menggunakan bank account seller shopee yang deal secara luar platform. Purata ugutan yang diminta kebanyakan berjumlah RM1000 – RM5000.

Apa yang anda boleh buat jika terjebak dengan #SexScam ni?

Nasihat aku mudah je, JANGAN BAYAR. Block FB, Bertaubat dan pergi tidur. Walaupun hakikatnya tak lena nak tidur kan? Sebab apa? Sebab bukan kau sorang je jadi mangsa.