Hari ini 1 June 2021, maka Total Lockdown sepenuhnya dilaksanakan. Tapi masih ada lagi manusia yang mengambil kesempatan tidak keluar bekerja dan membawa keluarga untuk keluar. Seolah-olah kerajaan membuat total lockdown untuk mereka bercuti-cuti Malaysia.
Masih tidak ada kesedaran dari sesetengah manusia betapa bahayanya covid 19. Ada sesetengah manusia menganggap covid 19 ini adalah satu propaganda kerajaan untuk menakut-nakutkan Rakyat Malaysia. Ada yang menganggap pesakit covid 19 cuma angka untuk kerajaan tutup Parlimen dan isthiharkan darurat.
Jika begini lah sikap sesetengah Rakyat Malaysia tentang kita tak mungkin menang. Kasihanilah kepada petugas-petugas KKM, Doctor, Jururawat dan semua warga Frontliners yang bertugas tanpa cuti untuk menangani covid 19 sejak melanda negara kita setahun yang lalu.
Hari ini masih banyak lagi kenderaan di atas jalan.
Masih ramai lagi yang memenuhi pasaraya bagi membeli keperluan, Seolah-olah total lockdown adalah masa mereka bercuti satu keluarga.
Jika selepas 14 hari negara lockdown dan kes menaik, maka anda adalah Rakyat Malaysia yang gagal. Gagal mematuhi SOP dan gagal mematuhi arahan kerajaan untuk duduk dirumah. Maka ketika itu jangan lah anda semua sibuk dengan #kerajaangagal.
Kerajaan dah beri pelbagai intensify, dah ikut kehendak Rakyat Malaysia untuk buat total lockdown, tapi anda semua mengambil kesempatan di atas kesulitan.
Adakah ini adil kepada mereka yang dari awal ikut saranan kerajaan untuk duduk dirumah?
Adakah ini adil kepada mereka yang dijangkiti covid 19 kerana kedegilan dan kecuaian orang lain?
Apakah ini adil jika ini berlaku kepada keluarga anda, hanya kerana kedegilan orang lain?
Apakah anda mahu Malaysia jadi seperti Negara India sehingga tidak mempunyai oksigen untuk bernafas bile teruk dilanda covid 19?
Sama-samalah kita bekerja sama dengan Pihak Kerajaan untuk bersama-sama melawan covid 19 yang melanda di negara kita. Jika melawan wabak covid 19 pun anda semua gagal, tak perlu lah anda semua terpikir untuk berjihad di Palestine. Kerana anda semua gagal.
#stayhome
#staysafe
#kitajagakita
#kitajagaahlikeluargakita
#kitapastimenang
Copyright © 2023. Created by Infokaki