infokaki

Sejak perlaksanaan SOP PKP, terlalu banyak garis panduan telah dikeluarkan sampai orang ramai pun pening dan muak dengan maklumat yang terlalu banyak dan kerap berubah. Ini adalah ringkasan fasa-fasa lockdown yang dilaksanakan.

LOCKDOWN FASA PERTAMA

Kerajaan Malaysia melaksanakan untuk menutup penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun TOTAL LOCKDOWN, fasa pertama diseluruh negara bagi tempoh 14hari bermula 1-14 June 2021.

Sepanjang tempoh ini semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

LOCKDOWN FASA DUA

Sekiranya lockdown fasa pertama berjaya mengurangkan kes-kes harian Covid 19, kerajaan akan melaksanakan Lockdown Fasa Kedua iaitu dengan membenarkan pembukaan semula beberapa sektor ekonomi yang tidak melibatkan perhimpunan yang besar serta boleh mematuhi penjarakan fizikal.

Lockdown Fasa Keduua ini akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu selepas Lockdown Fasa Pertama berakhir.

LOCKDOWN FASA TIGA

Langkah seterusnya ialah memasuki Fasa Ketiga iaitu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang berkuatkuasa pada masa ini di mana aktiviti sosial tidak dibenarkan dan hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP yang ketat, serta kehadiran secara fizikal ditempat kerja yang dihadkan.
Walau bagaimanapun keputusan untuk beralih akan tertakluk kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penilaian akan dibuat berdasarkan perkembangan kes-kes harian semasa dan kapasiti hospital di seluruh negara untuk merawat pesakit Covid 19.