Kerajaan Malaysia telah membuat ketetapan untuk melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak Covid 19. Pelbagai prosedur standarp operasi (SOP) juga telah diperketatkan dan dihadkan untuk hampir segala sektor negara. Keputusan kerajaan Malaysia untuk melaksanakan PKP 3.0 ini mendapat respon yang baik dari segenap lapisan masyarakat.
Kerajaan telah menjalankan tanggungjawab mereka..Kini giliran kita pula berganding bahu untuk bersama-sama membantu mengawal penularan wabak Covid 19 dengan cara #DudukRumah..
Yaa..Duduklah Di rumah sepanjang tempoh PKP berlangsung dan hanya keluar jika perlu sahaja..Tapi, apa yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP..? Di bawah kami kongsikan cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga semasa PKP..
1. Mengemas rumah
Masa yang terluang ini boleh digunakan untuk mengemas rumah..Jadikan rumah sentiasa bersih dan selesa dan jika rumah sentiasa bersih, risiko jatuh sakit juga akan berkurangan..
2. Cuba resepi baru
Makan benda yang sama..? Selalu pesan melalui FoodPanda/GrabFood..? Inilah masanya anda cuba sediakan sendiri resepi baru. Boleh rujuk Di YouTube atau Google saja..
3. Bersenam Di rumah
Waktu bekerja, amatlah jarang Kita dapat mempunyai waktu untuk bersenam..Masa terluang semasa PKP ini lebih bermanfaat jika diisi dengan bersenam..Bersenam 20 minit sehari dan 3 kali seminggu dapat meningkat sistem imun dan kekuatan tubuh selain mengurangkan risiko-risiko penyakit.
4. Menjadi Youtuber
Ingat Sugu Pavithra..? Inilah ikon Youtuber pasca PKP yang menggunakan MASAKAN sebagai ‘content’ di saluran YouTube beliau sehingga mendapat perhatian Perdana Menteri..!! Anda dah boleh merancang untuk menghasilkan content menarik dan unik. Rezeki tak pernah salah alamat kan..??
5. Susun semula kewangan peribadi.
Ramai antara kita yang mengalami masalah kewangan dan tiada simpanan kecemasan..Cuba rangka semula bagaimana perbelanjaan harian/bulanan boleh ditambahbaik..Dapat mula simpan sedikit-sedikit pada pun satu pencapaian..
6. Menambahkan amalan
Kita digalakkan memperbanyakkan ibadah dan doa pada setiap hari lebih-lebih lagi sewaktu kita sedang berdepan dengan bencana wabak ini. Perbanyakkan amalan kita dengan solat, mengaji Al-quran dan tafsir serta infaq sekiranya mampu.
Kesimpulannya, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan semasa PKP. Pastikan anda tetap kekal di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Sentiasa jaga SOP dan berdoa semoga kita dijauhkan dari wabak Covid-19.
Stay safe !
Copyright © 2023. Created by Infokaki