Membeli hartanah (Real Estate) seperti rumah adalah salah satu impian besar bagi semua orang. Namun tahukah anda perkara-perkara yang perlu anda tahu jika ingin memiliki sebuah rumah? Mari ikuti kupasan kami.
Hartanah pegangan bebas bermaksud mana-mana harta pusaka yang “bebas dari pegangan” mana-mana entiti selain dari pemiliknya. Tempoh hak milik hartanah pegangan bebas dimiliki oleh pembeli untuk selamanya tanpa dikawal oleh kerajaan. Tuan kepada hartanah ini juga bebas untuk memindahkan hartanah itu kepada sesiapa saja tanpa memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa.
Hartanah pegangan pajakan bermaksud anda memiliki sebuah hartanah dimana tapak kepada hartanah anda duduki dimiliki oleh kerajaan. Di Malaysia, pemilik kepada hartanah pegangan pajakan boleh menduduki bangunan atau tanah tersebut untuk satu jangka masa antara 30 tahun hingga 999 tahun. Namun 99 tahun adalah jangka masa yang biasa dalam terma pajakan. Anda juga perlu tahu yang terma pajakan sesuatu hartanah pajakan boleh diperbaharui dengan menyertakan bayaran pembaharuan. Bagaimanapun kelulusan tersebut adalah tertakluk kepada pejabat tanah tempatan untuk diluluskan.
Hartanah Bumi-lot adalah terbuka untuk dibeli atau dipajak hanya untuk Bumiputera, iaitu kaum Melayu, Sabah, Sarawak dan juga Muslim bukan melayu di Malaysia. Walaupun menurut undang-undang dan peraturan, hartanah lot-bumi hanya boleh dijual semula kepada Bumiputera, pemilik hartanah jenis ini boleh memohon supaya menukar status kepada status bukan bumi dengan alasan yang munasabah, contohnya jika tiada permintaan untuk hartanah tersebut dalam jangka masa yang lama.
Tidak seperti lot-Bumi, harta simpanan Melayu adalah terhad hanya kepada Melayu sahaja dan tidak boleh dilepaskan kepada bukan Melayu secara undang-undang atau atas apa sahaja alasan. Antara sekatan lain keatas harta simpanan Melayu adalah, tuan kepada tanah tidak boleh menyewakan hartanah yang dibina diatas tanah simpanan Melayu kepada bukan Melayu; kesemua bisnes yang beroperasi diatas tanah tersebut mestilah dimiliki oleh orang Melayu; syarikat yang diperdagangkan kepada awam juga haruslah memiliki hanya pemegang saham Melayu.
Bergantung kepada niat pembelian anda, mengetahui status tentang sesuatu hartanah dapat membantu anda dimasa hadapan jika anda mempunyai agenda dan pelan tertentu seperti berpindah selepas sesuatu jangka masa, menaiktaraf rumah anda ataupun memilih tempat untuk pencen.
Terdapat berbagai jenis rumah yang ada dipasaran, namun kami ingin tumpukan kepada 4 jenis rumah yang kebiasaannya menjadi pilihan pembeli.
Flat dan pangsapuri atau apartment adalah sejenis rumah bertingkat (high-rise) yang memang biasa di Malaysia. Rumah jenis ini biasanya mempunyai kepadatan yang sederhana dan tinggi
Kondominium adalah antara hartanah yang paling popular dikawasan bandar. Ini kerana ia dibina dikawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi.
Pangsapuri Perkhidmatan (Serviced Apartment) / Kediaman Perkhidmatan (Serviced Residence) / Suite Perkhidmatan (Serviced Suites), semuanya agak serupa dengan kondominium, tetapi dengan perbezaan yang kecil.
Jadi, apa perbezaan yang kecil ni? Bezanya adalah seperti di bawah ni.
Bergantung kepada hartanah jenis kondominium, kadang kala ia mempunyai status komersial atau status kediaman. Ini bergantung kepada kriteria bangunan yang dibina pemaju. Topik ini akan kami kupaskan dalam tajuk yang lain.
Ada tiga kategori rumah teres iaitu teres, teres link dan teres superlink, pada umumnya memang sama, yang membezakan mereka hanya satu benda sahaja iaitu saiz.
Harga rumah teres ini bergantung sepenuhnya kepada saiz binaan dan kawasan tanah yang ada di sekitar rumah tersebut.
Rumah berkembar dan rumah berasingan ni sama tapi tak serupa. Jadi apa bezanya kedua-dua ni walaupun biasanya mempunyai hak pemilikan induk? Ini bezanya:
Setiap jenis rumah mempunyai kriteria tertentu yang menyumbang kepada kecairan harga hartanah tersebut dalam pasaran. Ini antara perkara utama yang pembeli harus tahu sebelum membuat keputusan untuk meneruskan pembelian.
Copyright © 2023. Created by Infokaki