infokaki

Terdapat berbagai jenis vaksin yang sedang menunggu kelulusan dari World Health Organization (WHO). Berikut adalah vaksin yang telah dibawa masuk oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan program vaksinasi kebangsaan.

Pfizer Bio-NTech

Ialah jenis vaksin mRNA, ia menggunakan teknik penghasilan vaksin paling canggih yang terdapat dipasaran.

Anda memerlukan 2 suntikan (booster shot) selang 21 hari selepas suntikan pertama.

Kadar keberkesanan yang dilaporkan dalam ujian klinikal 95%

Kenali Jenis-jenis vaksin

Bacaan Lanjut

Oxford AstraZeneca

Vaksin ini menggunakan vektor viral dalam penghasilannya. Ini bermaksud maklumat tentang COVID-19 telah dihantar menggunakan virus lain kedalam badan kita untuk tujuan imunisasi

Anda memerlukan 2 suntikan, jarak suntikan pertama dan kedua adalah antara 8 hingga 12 minggu.

Vaksin ini mempunyai 60% keberkesanan terhadap varian COVID-19 india, dan 76% terhadap varian biasa.

Bacaan Lanjut

SinoVac CoronaVac

Merupakan jenis vaksin inacctivated. Bermakna virus yang mengakibatkan COVID-19 telah dimatikan bagi tujuan vaksinasi.

Anda memerlukan 2 dos suntikan, dan jarak antara suntikan pertama adalah 21 hari.

Keberkesanan vaksin ini ada sebanyak 65% terhadap varian biasa.

Keberkesanan SinoVac VS AstraZeneca

Bacaan Lanjut

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Jika anda belum mendaftar dan ingin mendapatkan suntikan vaksin. Sila ke laman web ini:

Laman Rasmi Vaksinasi COVID-19 Malaysia

Buat masa sekarang anda tidak dapat memilih jenis vaksin untuk diri anda kerana penjadualan seluruh dunia menyebabkan sesetengah vaksin telah ditempah awal oleh negara lain. 

Sila rebut peluang untuk mendapatkan vaksin tanpa mengira jenis dan jenama, kerana perlindungan awal boleh membantu anda dari COVID-19

jadual-vaksin-malaysia