infokaki

Vaksin Tak Aktif (Inacctivated Vaccine)

Vaksin Tak Aktif menggunakan versi kuman penyebab penyakit yang telah dibunuh.

Vaksin Tak Aktif biasanya tidak memberi imuniti (perlindungan) sekuat vaksin dengan virus yang masih hidup. Jadi anda perlu melalui beberapa suntikan dalam jangka masa tertentu (booster shots) untuk mendapatkan imuniti terhadap virus tersebut.

Vaksin Hidup-Dilemahkan (Live-attenuated Vaccines)

Vaksin Hidup-Dilemahkan menggunakan sejenis kuman yang lemah (dilemahkan) yang menyebabkan sesuatu penyakit.

Disebabkan oleh vaksin ini amat sama seperti jangkitan natural yang ia cuba cegah, ia mencipta respons imuniti yang panjang dan tahan lama. Hanya dengan 1 atau 2 dos kebanyakkan vaksin ini akan memberikan anda perlindungan sepanjang hayat terhadap kuman dan penyakit yang mengakibatkannya.

Namun Vaksin Hidup-Dilemahkan ini juga mempunyai beberapa had. Contohnya:

  • Disebabkan ia mempunyai kuman sebenar yang lemah, anda haruslah memaklumkan kepada pengamal perubatan tentang keadaan kesihatan anda, penyakit berpanjangan dan juga jika anda pernah memindahkan organ.
  • Ia harus disimpan ditempat sejuk, maka vaksin jenis ini tak dapat digunakan oleh negara yang tak mempunyai akses peti sejuk.

Vaksin Messenger RNA (mRNA)

Penyelidik telah mengkaji dan menggunakan mRNA vaccines untuk berdekad dan telah menggunakan teknik ini untuk menghasilkan beberapa jenis vaksin COVID-19. Vaksin mRNA menghasilkan protein yang mencetuskan tindakbalas imun. Vaksin mRNA mempunyai beberapa faedah berbanding vaksin yang lain, antaranya ianya lebih cepat dihasilkan, dan disebabkan ia tidak mempunyai virus hidup, tiada risiko yang membolehkan orang yang menyuntik vaksin ini untuk menghidap penyakit dari virus itu. 

Vaksin Subunit, Gabung-semula (Subunit, recombinant, polysaccharide, and conjugate Vaccines)

Subunit, gabung-semula, polysaccharide, dan conjugat vaksin menggunakan cebisan dari kuman tertentu- ianya seperti protein, gula atau caspid (selaput disekeliling kuman)

Oleh kerana jenis vaksin ini menggunakan sebahagian kuman tertentu, ia memberi respon imun yang tinggi kerana menyasarkan bahagian penting kuman tersebut. Ia juga boleh digunakan oleh semua orang yang memerlukannya termasuk, mereka yang mempunyai masalah perubatan dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah.

Salah satu kelemahan vaksin ini ialah, anda memerlukan suntikan tambahan (booster shot) untuk mengekalkan kesan vaksin ini.

Vaksid Toksoid (Toxoid Vaccines)

Vaksin Toksoid menggunakan toksin (hasil merbahaya) yang dihasilkan oleh kuman yang menyebabkan penyakit. Ia menghasilkan imuniti terhadap sebahagian kuman yang menyebabkan penyakit tersebut. Ini bermakna response imun ini menyasarkan toksin dan bukan seluruh kuman tersebut

Seperti jenis vaksin yang lain, anda mungkin memerlukan suntikan tambahan (booster shot) untuk mendapatkan perlindungan berpanjangan.

Vaksin Viral Vektor (Viral vector Vaccines)

Saintis telah mengkaji vaksin viral vektor ini selama berdekad. Sesetengah vaksin yang digunakan untuk wabak Ebola baru-baru ini telah menggunakan teknologi viral vektor, dan beberapa kajian memfokuskan viral vektor bagi penyakit berjangkit seperti Zika, Selsema dan HIV. Saintis juga menggunakan teknologi yang sama untuk menghasilkan vaksin COVID-19

Viral vektor vaksin menggunakan virus lain yang dimodifikasi sebagai vektor untuk menghantar perlindungan pada badan kita.

 

Vaccine-Type-Dec-7-2020-Proper-Background-1024x427