infokaki

Bani Israel

Asal usul Bani Israel ini, mereka adalah bangsa kelahiran dari anak Nabi Yaakub A.S, disebut didalam Al-Quran dan juga Injil. Di dalam Injil Hebrew, dimana periwayatan kisah dimana Nabi Yaakub telah berlawan dengan Malaikat dan “Menang”, lalu diberi jolokan “yisra” membawa maksud “Yang memperjuang”.

Pada awal periwayatan Al-Quran, Bani Israel disebut dalam beberapa surah menceritakan bagaimana nabi dan rasul Allah didatangkan dari kalangan mereka seperti dalam surah Al-Baqarah dan surah Al-Isra’.

Bani-Israel

Yahudi

Bangsa Israel mula dipanggil Yahudi di dalam Al-Quran setelah mereka melakukan kerosakan diatas muka bumi.

Boleh rujuk:

https://infokaki.com/2021/05/22/sifat-sifat-jahat-kaum-yahudi/

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini adalah kerana ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.
yahudi-israel-ilustrasi-_140703010057-539

Zionist

Zionist adalah gerakan ideologi serta nasionalis orang yahudi untuk menakluk semula tanah mereka. Ini adalah bagi mendirikan satu negara untuk orang yahudi.

Mereka menyatakan bawah negara Palestine itu adalah asalnya milik mereka dan dirampas ketika pemerintahan Uthmaniah.

Namun tak semua bangsa yahudi menyokong gerakan ini kerana terdapat beberapa bahagian dari mereka yakin yang ajaran Taurat melarang agar mereka kembali mendirikan negara Israel. Ini akan dikupas dalam artikel yang lain.