infokaki
neelofalockdown

Lockdown: Sejarah dan kesan kepada kita

Apakah itu “Lockdown”?

Tahun 2020 adalah tahun dimana kita untuk kali pertama buat masa yang panjang menyaksikan peristiwa “Lockdown” atau penutupan di Malaysia. Namun ia bukanlah kali pertama dalam sejarah dunia.

Konsep ini telah wujud lama dahulu untuk mengekang berbagai situasi samada kejadian alam atau insiden disebabkan manusia.

Lockdown dalam sejarah

Pada abad ke-14 salah satu tindakan yang dibuat untuk mengurangkan kesan wabak bubonic yang melanda Europe merupakan  “lockdown” pertama yang dikenalpasti dijalankan oleh pihak kerajaan atau pihak berkuasa. Juga diberi jolokan nama “Black Death” yang menyerang sebahagian Europe dari 1346 hingga 1353. 

Video ini membincangkan tentang lockdown yang berlaku pada masa lalu dan keberkesanan Lockdown pada masa lalu untuk mengawal wabak.

Antara contoh lockdown yang berlaku baru-baru ini diakibatkan oleh kemalangan nuklear, seperti yang berlaku di Chernobyl (Ukraine) dan Fukushima (Jepun)

Kemalangan nuklear ini berlaku pada 26 April 1986, di Pusat Kuasa Nuklear Chernobyl, berdekatan bandar Pripyat utara Ukraine, kemalangan ini dianggap sebagai kemalangan nuklear paling teruk dalam sejarah. Kini, setelah hampir 35 tahun kemalangan ini, masih sukar untuk mengukur impak kemalangan tersebut, samada dari segi kesihatan awam, ekonomi dan kos sosial.

Antara lockdown lain yang terkenal sebagai lockdown nasional dalam dua dekad lepas seluruh dunia adalah disebabkan serangan pengganas. 11 September 2001 akan selamanya diingat sebagai satu serangan pengganas terburuk dizaman moden ini.

Serangan tersebut telah mengejutkan Amerika dan pemimpin-pemimpinnya. Ia diikuti dengan lockdown selama tiga hari untuk semua penerbangan awam Amerika. Kesemua penerbangan internasional telah dialihkan ke Kanada. Ruang udara Washington adalah yang paling ketat dikawal setelah serangan 9/11.Kebanyakan lockdown ini berlaku di New York.

Covid-19 dan Lockdown

Sekitar 20 tahun lepas, satu pengakit berbahaya yang boleh menyebabkan kematian yang dipanggil sebagai Severe Acute Respiratory Syndrome (SARS) virus telah ditemua di China, kemudian merebak ke kawasan lain serata dunia. Walaupun penyakit tersebut dikawal secepat mungkin, dan usaha untuk menghapuskannya bermula dengan satu bentuk lockdown oleh pihak kerajaan China. Daerah ditutup, orang ramai diarahkan untuk tidak keluar dan masuk serta mengehadkan interaksi sosial.

Kini pada tahun 2020 seluruh dunia telah dilanda virus yang berkembang dari virus SARS ini, dan namakan COVID-19. Kebanyakan negara mengambil inisiatif mengehadkan pergerakan samada dalam dan luar negara dengan melaksanakan lockdown.

Kesan dan akibat

Lockdown memberi kesan besar terhadap pelbagai lapisan masyarakat. Selain sektor ekonomi, kesihatan mental dan juga kekeluargaan.

Kes keganasan keluarga juga meningkat dalam masa yang pendek sepanjang tempoh lockdown yang dilaksanakan. 

Kesan dari mengurung diri dan juga mengehadkan aktiviti fizikal bukan sahaja memberi impak negative pada kesihatan, malah masalah mental juga meningkat akibat kesan dari lockdown.

Namun lockdown juga adalah langkah yang berkesan untuk menangani wabak dan juga penyakit yang sedang berlaku.

Link Bacaan: 

https://www.news18.com/news/buzz/covid-19-didnt-introduce-lockdown-to-the-world-a-look-back-at-the-history-3072605.html

https://www.livemint.com/news/india/life-lessons-from-the-history-of-lockdowns-11585312953744.html

https://www.mentalhealth.org.uk/publications/impacts-lockdown-mental-health-children-and-young-people

https://economictimes.indiatimes.com/jobs/side-effects-of-lockdown-anxiety-levels-up-among-employees-as-appraisals-get-delayed-job-loss-fears-rise/articleshow/75105112.cms?from=mdr

Ahmad Aliff

Add comment