infokaki

Mental Disorders adalah kecelaruan mental, yang mana tingkah laku yang pada umumnya berkait dengan stress atau kelainan mental. Pesakit Mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.
Pesakit Mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakkan penghidap pesakit mental hanya mengalami satu episode sahaja, tidak serius dan pulih selepas mendapat rawatan.

Jenis jenis Mental Disorders.

1. Short-term Memory Loss
– Keadaan di mana seseorang tidak mampu mengingati kejadian yang baru sahaja dialaminya.

2. Intermittent Explosive Disorder
– Ketidakmampuan seseorang mengawal tingkahlaku agresif.

3. Anxiety Disorder
– Gangguan kesihatan mental yang ditandai dengan perasaan khuatir, cemas atau takut yang kuat dan mengganggu.

4. Aneroksia Nervosa
– Keadaan yang membuat seseorang enggan makan kerana takut berat badan menanik dan berpotensi mengancam jiwa.

5. Aboulomania
– Penyakit keraguan / ketidakmampuan seseorang untuk menyelesaikan masalah.

6. Bipolar
– Gangguan Mental yang ditandai dengan perubahan emosi yang drastik.

7. Multiple Personality Disorder.
– Gangguan yang ditandai dengan adanya dua atau lebih status personality yang berbeza.

8. Major Depression Disorder
– Gangguan Mental yang ditandai dengan perasaan hati yang tertekan sehingga hilang minat dalam beraktiviti dan penurunan yang signifikan dalam kualiti hidup.

9. Panic Attack
– Perasaan takut yang kuat secara tiba tiba tanpa sebab yang jelas. Jantung berdegup laju, rasa tercekik, menggeletar dan rasa mahu mati.

10. Delirium
– Gangguan kemampuan mental yang ditandai dengan kebingungan dan menurunnya kesedaran keadaan sekeliling.

11. Obsessive Compulsary Disorder ( OCD )
– Gangguan Mental yang menyebabkan penderitanya mereka harus melakukan suatu tindakan berulang ulang. Bila tidak dilakukan akan berasa cemas dan takut.

12. Sindrom Tourette
– Gangguan yang menyebabkan penderitanya tiba tiba melakukan gerakkan atau ucapan yang berulang ulang yang tidak disengajakan dan diluar kawalan yang dikenali sebagai “tic”.

13. Attention Deficit Hyperactive ( ADHD )
– Gangguan Mental yang menyebabkan seorang anak sukar memberi perhatian serta memiliki perilaku impulsif dan hiperaktif.

14. Alexhitimia
– Keadaan seseorang yang membuatkan sulit memahami dan mengungkapkan emosi.

15. Narsistik
– Keadaan gangguan mental di mana menganggap dirinya sangat penting, perlu lebih perhatian dan disukai serta perlu dikagumi.

16. Skizotypal
– Gangguan peribadi skizotypal memiliki kepercayaan yang aneh, contohnya boleh membaca fikiran orang lain.

17. Schizophrenia
– Penyakit Mental yang memiliki beberapa indikasi dan gejala, salah satunya paradoxical laughter atau ketawa berlebihan.

18. Haphephobia
– Seseorang merasa takut berlebihan terhadap sentuhan. Penderita akan berusaha semaksimal mungkin menghindarkan diri dari disentuh orang lain.

19. Schandenfreude
– Perasaan bahagia yang timbul disaat melihat penderitaan orang lain.

20. Borderline Personality Disorder ( BPD )
– Gangguan Mental yang membuat penderitanya mengalami ketidakstabilan emosi yang akhirnya mengganggu hubunganya dengan orang lain.

21. Agoraphobia
– Rasa takut atau cemas berlebihan pada tempat seseorang merasa panik, malu, tidak berdaya dan tertangkap.

Jika anda mempunyai simptom tersebut, pergilah dapatkan rawatan dari Pakar Psikiatrik. Dan Psikiatrik bukan untuk diagnose anda sebagai gila, dan pesakit mental bukan gila.

Kesimpulannya, setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup. Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujian dari Dia.

Sumber
Dr Shahril b. Kadir
Pakar Psikiatri UD56
MD(USM), M.Psych.Med (Malaya)
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Melaka.