infokaki

Bank Rakyat memperkenalkan karya sulung ikllan komersial pengarah Mamat Khalid melalui iklan raya berjudul Raya Tetap Raya.
Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Encik Nizam Sani berkata, keistimewaan iklan Raya Tetap Raya Bank Rakyat ini ialah ia memaparkan bagaimana sambutan Syawal di luar kebiasaannya memberi impak kepada kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang tidak dapat pulang beraya di kampung bersama atuk dan neneknya.

Selain itu peminat filem komedi tempatan terutamanya filem arahan Mamat Khalid juga boleh menikmati naskah baharu beliau menerusi iklan raya yang berdurasi tiga minit yang dijangka mencuit hati penonton.

 

Iklan ini membawa mesej kepada masyarakat bahawa pelaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang rakyat Malaysia terutama beragama Islam untuk meraikan tradisi sambutan Syawal seperti kebiasaannya dengan bermanfaat dengan kecanggihan teknologi menerusi komunikasi secara maya.

Iklan Raya Tetap Raya oleh Bank Rakyat hasil karya Mamat Khalid ini sudah mula ditayangkan di saluran Youtube dan akan mula disiarkan dikaca tv anda mulai 11.mei.2021.