infokaki

Apa itu zakat fitrah?

Zakat fitrah pada istilahnya ialah sedekah yang wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya Ramadan. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Waktu membayar zakat fitrah

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
 

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri (2021)

Berikut ialah kadar bayaran bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri:

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021
PerlisRM7.00
KedahRM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00
Pulau PinangRM7.00/ RM12.00 / RM16.00
PerakRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SelangorRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00/ RM14.00
JohorRM7.00/ RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00/ RM14.00/ RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM6.00/ RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00

NOTA:

  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

Umat Islam dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Platform Pembayaran Zakat Online

Kini terdapat pelbagai aplikasi yang menyokong pembayaran zakat secara online. Pautannya seperti di bawah: