infokaki

Kecurangan tidak akan berlaku dalam sekelip mata, ianya pasti ada titik mulanya.

Pernah curang?

Jika pernah, potensi untuk mengulangi perkara yang sama adalah amat besar. Maka kenalah lebih cerdik untuk di masa akan datang. Jangan lah asyik kantoi jer.

Mengapa curang berlaku ?

Jika dapat tahu pasangan kita curang, beri peluang kepada dia menjelaskan diri dan kemudian letakkan diri anda dalam posisi dia. Lepas itu barulah buat keputusan yang rasional, bukan dengan emosi semata-mata.
Jangan cepat jatuhkan hukuman kepada pasangan anda yang curang. Mungkin sebab anda juga yang memberi peluang kepada pasangan anda untuk curang.

Tanda-tanda pasangan anda curang??

  • sudah mula ada password ditelefon bimbitnya
  • sudah pandai marah-marah tanpa sebab
  • kemesraan sudah mula hilang
  • tidak menjawab panggilan dan mesej anda dengan alasan dia terlalu sibuk
  • gelisah tak tentu pasal
  • bawa telefon bimbit ke mana saja, walaupun masuk ke dalam tandas
  • selalu tersasul atau terlepas cakap
  • suka mencari kesalahan anda setiap masa
  • tidak melayan anda, sudah mula dingin
  • sudah pandai mengubah penampilan diri kepada lebih menarik dari kebiasaanya
  • terlebih perhatian dengan anda, tiba-tiba beli apa sahaja yang anda inginkan atau hadiahkan anda tanpa sebab
  • deria magik ke enam isteri akan muncul tiba-tiba, seperti mendapat petanda pasangan anda curang dan tinggalkan anda, dalam mimpi.

Untuk individu ( lelaki/perempuan ) yang suka makan luar tu, fikir lah banyak kali jika nak curang tu. Kerana sebuah kepercayaan akan berderai seperti kaca dan takkan dapat di cantum semula kepada asalnya.

Pssttt…..Nak curang dan tak nak kantoi tak susah pun. Lain kali kalau nak curang, telefon tu keutamaan. Jangan lah kau guna telefon yang sama untuk kekasih halal kau dan kekasih gelap kau. Pakai lah dua tiga telefon. Bila kau balik rumah, kau tinggalkan lah telefon untuk kekasih gelap kau tu di pejabat ke, dalam kereta ke atau kat mana-mana yang kau rasa selamat. Di rumah, kau adalah hak mutlak kekasih halal kau. Nie kat rumah pun nak melayan kekasih gelap. Mana lah tak kantoi dan dikatakan curang.

Nak makan tapi x pandai simpan.

Dah..Itu tips sahaja buat kasanova di luar sana. Kalau jiwa kental boleh ikut tips tu, kalau jiwa cap ayam, sila simpan angan-angan nak ada kekasih gelap tu. Jangan kau bermimpi nak jadi buaya. Pergi lah kau jadi mithali.

Buat individu ( suami/isteri ), jika kau dah tahu pasangan kau dah curang, cuba kawal emosi. Slow talk, jangan terus meroyan. Buat isteri yang dicurangi, ingatlah darjat kau. Kau halal disisi suami kau. Kenapa kau mesti menjatuhkan maruah diri kau dan darjat kau sebagai isteri kepada seorang penyondol? Benda haram tetap haram. Macam khinzir, sampai bila-bila tetap haram dan umat islam tidak boleh makan. Jangan serang-serang si penyondol. Kerana bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Dan jika pasangan au tidak membuka ruang itu, maka kecurangan tidak akan berlaku.

Cuba pertahankan jika mampu. Jika tidak mampu berpisahlah cara baik. Jangan takut untuk jadi janda, sebab janda kini lebih berharga… 😊