infokaki

Abang Janji Abang Delete!

Mesti ada yang panas bila buka topik isu sensetif nie kan?
Terus terang aku sebagai wanita aku gerun melihat kelakuan remaja perempuan sekarang.

Masa zaman aku dulu dah ada mat rempit, dah ada bohsia, bohjan dan hisap gum bagai, tapi tak ada la pula zaman aku banyak kes-kes sosial macam sekarang.

Yang paling aku menyampah dengan sesetengah budak zaman sekarang nie, dia punya gedik melampau-lampau sangat. Di khalayak ramai pakaian entah apa-apa. Lepas itu melayan teman lelaki macam sedang melayan suami. Pegang situ, pegang sini. Konon-kononnya tanda cinta sejati.

Apabila dah pegang sana pegang sini, tiba-tiba break up. Mula lah frust , lepas tu meroyan up kisah sendiri di laman sosial. Macam orang sakit mental. Putus cinta je pun. Bukan cerai berai laki bini.

Tapi disebabkan sebelum kahwin dah serahkan jiwa dan raga, itu yang meroyan tu. Nak-nak bila ada terakam aksi-aksi sedap di ranjang ketika bersama. Sebab termakan pujuk rayu sabg buaya “abang janji abang delete”. Lepas rakam lepas tu nak delete, walhal tersebar lah aib sendiri oleh bekas kekasih. Masa itu baru sesal tak sudah. Dah terlambat dikkkk, nasi dah jadi bubur pun.

Meh hakak nak bagi pesan buat adik-adik yang baru nak kenal erti cinta.

  • Jangan sesekali bagi lelaki pegang-pegang walau pun sekadar ringan-ringan. Bila dah syok lama-lama akan jadi ketagih. Ketagih dadah boleh bawa mati dikkk, tapi kalau dah ketagih yang macam nie boleh membawa kepada hilang pertimbangan diri.
  • Bila sudah sedap pegang-pegang, ringan-ringan mula lah akan jadi keterlanjuran di atas ranjang. Apa tidaknya, bila dah berdua, akan wujudlah orang ketiga iaitu syaitan. Syaitan memang suka hasut-hasut anak adam untuk melakukan zina.
  • Bila sedap dia akan kata “ aku takkan pernah berubah, aku tetap mencintaimu selamanya”, last-last dia tinggalkan kau setelah dapat apa yang dihajati. Achaner tu??
  • Bila dah terlanjur mulalah termegandung. Masa itu wujudlah kisah sinetron, buang bayi. Sebab nak tutup malu. Nanti bayi dah besar boleh buat jejak kasih seorang ibu. Ingat ye adik-adik, jangan ingat bile dah terlanjur tu tak jadi apa-apa. Ingat yang dipancutkan oleh teman lelaki kau itu apa??? Air untuk kau mandi junub??

Maka, hidup nie jangan mudah percaya atau terpedaya dengan ayat-ayat buaya seperti ini :

  • “ sayang, abang janji abang buang kat luar “
  • “ sayang, abang janji lepas rakam abang delete “
  • “ sayang, abang janji abang bertanggungjawab “
  • “ sayang, abang janji abang sayang sayang seorang jer “
  • “ sayang, abang janji abang akan jadi imam sayang jer “

Ingat lah wahai adik-adik perempuan yang sedang meningkat remaja, hakak faham naluri korang yang memerlukan perhatian dan kasih sayang selain dari keluarga korang.

Tapi percayalah, keindahan itu cuma seketika sahaja. Untuk megajar adik-adik tentang kehidupan dan fasa baru usia adik-adik yang sedang meningkat remaja tu. Lelaki yang budiman adalah lelaki yang akan memimpin tangan kite ke jannah, bukan memimpin tangan kite ke bilik hotel untuk check in, itu ke naraka jahanam namanya.

Jadi, sebagai perempuan jagalah diri dan maruah. Kalau bukan untuk diri sendiri pun, ingatlah maruah mak ayah yang dah membesarkan kita.

Dan jika kau diugut oleh bekas teman lelaki kau dengan rakaman terlanjur kau dan bekas teman lelaki kau tu, jangan takut untuk buat laporan polis. Kalau malu pun cuma dengan pihak polis sahaja, dari kau takut dan disebarkan ke media sosial?? Yang akan malu seluruh keluarga kau, dan masa itu kau mula akan bertindak luar batasan sebab nak tutup malu.
Ingat…..Jaga diri….Hiasi peribadi.

Martina Hanif

Add comment