Kerajaan Malaysia telah memulakan fasa kedua program vaksinasi COVID-19. Program ini akan menyasarkan golongan yang berisiko tinggi.
Jika anda belum berdaftar, anda boleh melayari paparan di aplikasi MySejahtera anda atau melayari laman web rasmi https://www.vaksincovid.gov.my/daftar/ untuk mendaftar.
Vaksin COVID-19 adalah selamat,dan mendapatkan vaksinasi untuk diri anda dapat mengelak dari mengalami penyakit dan kematian dari COVID-19. Anda mungkin akan mengalami gejala kesan sampingan dari proses ini kerana badan anda sedang membina sistem ketahanan antibodi.
Vaksin direka supaya anda boleh membina imuniti penyakit itu tanpa menghidapinya. Ia adalah perkara biasa apabila anda mengalami kesan sampingan apabila anda mengambil vaksin tersebut. Ini kerana badan anda sedang membina pertahanan antibodi dan meningkatkan suhu badan anda agar dapat membunuh virus tersebut.
Kesan sampingan ringan atau sederhana, seperti demam ringan dan sengal sendi, adalah biasa dan tidak harus dirisaukan: ia adalah kesan dari badan kita yang sedang berinteraksi dengan vaksin yang disuntik, terutamanya antigen (sejenis bahan yang akan menghidupkan respon antibodi), yang akan bersedia untuk melawan virus tersebut. Kebiasaannya kesan sampingan ini akan hilang sendiri dalam masa beberapa hari
Demam ringan atau biasa menunjukkan bawah vaksin ini berhasil dan sedang membina antibodi. Jika tiada langsung kesan sampingan mungkin ini menandakan vaksinasi itu mungkin tidak berkesan. Ini juga bermaksud setiap individu akan mengalami pengalaman berbeza.
Seperti vaksin yang lain, vaksin COVID-19 boleh mengakibatkan kesan sampingan, selalunya kesan sampingan seperti demam biasa atau ringan dan kebiasaannya akan hilang selepas beberapa hari. Seperti yang ditunjukkan oleh ujian klinikal adakalanya ia juga mengakibatkan kesan jangka panjang. Oleh itu vaksin akan sentiasa dipantau agar kesan sampingan yang tak diingini boleh dikesan.
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang dilaporkan kebanyakannya mengakibatkan demam biasa atau ringan tidak lebih dari beberapa hari. Kesan sampingan biasa yang dialami adalah sakit ditempat cucuk, demam, penat, sakit kepala, sengal otot dan cirit birit. Peluang untuk kesan sampingan ini terjadi berbeza mengikut vaksin yang disuntik
Vaksin COVID-19 hanya melindungi kita dari virus SARS-CoV-2 sahaja, jadi menjaga kesihatan kita adalah masih perkara utama.
Setelah mendapat suntikan kebiasaannya anda boleh memohon untuk menunggu sekitar 15-30 minit di pusat vaksinasi bagi memantau kesan sampingan yang mungkin terjadi pada kadar segera.Individu juga harus peka dalam memantau kadar kesihatan sendiri dan memaklumkan pihak kesihatan jika ada simptom yang berpanjangan melebihi tiga hari. Kesan sampingan yang jarang dilaporkan hasil dari penggunaan vaksid COVID-19 adalah alergi seperti “anaphylaxis”, namun perkara ini sangat jarang berlaku.
Pihak berkuasa tempatan serta badan antarabangsa, termasuk WHO, adalah pihak yang memantau kesan sampingan yang tak diingini dari penggunaan vaksin COVID-19.
Kesan sampingan selalunya berlaku dalam masa beberapa hari setelah divaksin. Sejak program vaksinasi pertama yang bermula sejak Disember 2020, beratus juta dos vaksin telah disuntik kepada orang ramai.
Ada kebimbangan terhadap vaksin COVID-19 yang mengakibatkan orang jatuh sakit dengan COVID-19. Namun tiada vaksin yang diluluskan mengandungi virus hidup yang mengakibatkan COVID-19, bermakna vaksin COVID-19 tidak boleh membuatkan anda sakit dengan COVID-19
Selepas vaksinasi, biasanya badan anda akan mengambil masa beberapa minggu sebelum ia membina imuniti terhadap SARS-CoV-2, virus yang mengakibatkan COVID-19. Jadi ada kemungkinan seseorang boleh dijangkiti dengan SARS-CoV-2 sebelum atau selepas vaksinasi dan masih boleh jatuh sakit disebabkan COVID-19. Ini kerana vaksin didalam badan anda masih tidak mempunyai masa yang cukup untuk melindungi anda.
Mengalami gejala sampingan adalah sesuatu perkara yang normal dalam vaksinasi, ini kerana vaksin bertindak seperti yang dikehendaki. Vaksin adalah selamat, dan mendapatkan vaksin boleh melindungi anda dari COVID-19.
Video Rujukan (How vaccines work against COVID-19: Science, Simplified) : https://www.youtube.com/watch?v=uWGTciX795o
Video Rujukan (Potential Side Effect) : https://www.youtube.com/watch?v=QAeJ35FGSIw
Copyright © 2023. Created by Infokaki