infokaki

PKP akan dilaksanakan semula esok (6 Mei 2021) bagi beberapa kawasan di Selangor iaitu, Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Berikut adalah info berkenaan servis dan juga perkhidmatan yang telah diberi garis panduan.

Gerai Makan dan Kedai Runcit

  • Premis seperti restoran, trak makanan, peniaga tepi jalan, dan kiosk boleh beroperasi dari 6pagi hingga tengah malam (12malam)
  • Makan di premis (dine-in) tidak dibenarkan 
  • Kedai serbaguna, kedai runcit dan farmasi dibenarkan beroperasi dari 6pagi hingga 10malam

Pasar

  • Pasar harian, pasar tani, pasar awam dan pasar mingguan dibenarkan beroperasi antara 6pagi hingga 2petang

Perkhidmatan Awam dan Stesen Petrol

  • Stesen petrol dibenarkan beroperasi dari 6pagi hingga 10malam. Stesen yang beroperasi dilebuhraya dibenarkan beroperasi sehingga 24jam
  • Hospital, klinik dan juga makmal perubatan boleh beroperasi seperti biasa

Harap kita semua boleh mematuhi SOP dan juga membantu kerajaan membendung wabak COVID-19 ini. 

Di bawah kami sediakan rujukan kawasan yang terlibat, Selamat berPKP,

Kawasan Daerah Yang Terlibat

Daerah Klang
Daerah Petaling
Daerah Gombak
Daerah Sepang
Daerah Kuala Langat
Daerah Hulu Langat

Pautan ke laman MKN : https://www.mkn.gov.my/web/ms/sop-pkp/

Status COVID-19 terkini: http://covid-19.moh.gov.my/terkini