infokaki

Hari raya Aidilfitri adalah sambutan perayaan ummat Islam seluruh dunia selepas berpuasa selama sebulan sewaktu Ramadhan.

Adalah baik jika kita juga dapat menghidupkan Aidilfitri dengan amalan sunnah dan juga adab-adab yang sopan.

Solat Aidilfitri

Berikut adalah senarai Amalan yang Fardhu dan sunat yang boleh kita amalkan sempena Aidilfitri ini.

  1. Bayar zakat fitrah
  2. Banyakkan takbir
  • Takbir muqayyad : takbir yang dilakukan pada hari raya aidiladha bermula waktu subuh pada hari ‘Arafah (9 zulhijjah) sampai waktu Asar pada akhir hari Tasyriq (13 zulhijjah)
  • Takbir mursal : takbir yang dilakukan pada hari raya aidilfitri bermula malam raya sehingga solat sunat aidilfitri.

 

 3. Menghidupkan malam raya

  • orang yang menghidupkan malam raya, tidak akan mati hatinya.
  • sekurang-kurangnya solat fardu berjemaah
  • Doa masuk pasar – niatkan ibadah
  • Niatkan nak gembirakan suami / isteri / anak-anak – Ibadah
  • elakkan pergaulan bebas
  • Tidur, niat nak bangun malam walau tak bangun – Ibadah
  • Beri makan – Ibadah

 4. Mandi sunat hari raya

”Sahaja aku mandi untuk hari raya kerana Allah Taala.”

 5. Makan sedikit

  • Aidiladha – Nabi tidak makan sebelum solat sunat raya
  • Aidilfitri – Nabi akan makan sedikit.

– Nabi tidak akan pergi solat sunat raya sehingga nabi makan beberapa biji kurma dalam bentuk kiraan ganjil.

 6. Laluan pergi balik untuk solat sunat raya adalah berbeza

  •  Nabi pergi ikut jalan yang jauh

   – Banyakkan salam

   – Banyakkan senyum

   – Orang datang dan bertemu bertanya soal soal agama

  • Nabi balik ikut jalan yang pendek (jika ada)

 7. Pergi ke menunaikan solat raya dengan berjalan kaki

  • nabi pergi jalan kaki (kalau dekat)
  • kalau jauh, silap silap boleh berubah jadi solat jenazah pula. kerana jauh, meninggal dunia dan sebagainya.
  • Tengok keadaan, jika dekat sunnah untuk jalan kaki
  • Kalau jauh, tapi tak ada kemampuan tidak menjadi masalah menaiki kenderaan

 8. Solat sunat hari raya

  • Sejak tahun 2 hijrah nabi tidak pernah tinggal solat hari raya.
  • Kaum ibu yang tidak sempat dalam membantu persiapan rumah, persiapan menerima tetamu selepas solat raya ke surau atau masjid boleh lakukan solat sunat secara bersendirian
  • Sekurang-kurangnya solat 2 rakaat yang macam solat sunat biasa (jika tidak ingat berapa kali takbir)

 9. Banyakkan ziarah

  • Jaga niat (kerana Allah)
  • Orang yang ziarah kerana Allah dapat redha Allah
  • Jangan terlalu kerap ziarah (pagi, petang, malam datang rumah) – seolah olah kitchen kita kat rumah dia.

 10. Jaga batas pergaulan

  • Mahram
  • Bukan mahram